Sunday, September 23, 2012

Irony

Tinggal lagi 2 minggu nak PMR.

Berdasarkan result trial, sekolah kami paling teruk la English nya.
69% gagal.

Jadi berderet la orang panggil mesyuarat.
Dok tanya apa aku buat untuk improve results.

Well, why don't you let me go to class and do my job?
I think its better that we start with that.

Dah ni tak dapat masuk kelas sebab dengar kau cerita anak kau baru balik Jepun plak.
Gajah la apa bala lagi.

Saturday, September 1, 2012

Bukan post untuk liyana adnan

Bismillah,

Lama tak blog ni kena warm up dulu.

Seriously, kenapa zaman sekarang orang masih pandang rendah cikgu?
Ada sebab gomen up kan gaji cikgu. Bukan kerana kerja banyak semata-mata. Tapi supaya orang berhenti pandang rendah cikgu ni. Sebab tu jugak lah diaorang buat PBS utk tingkatan 1. Supaya budak2 lebih hormatkan cikgu.

Bersusah payah lah gomen nak suruh masyarakat pandang cikgu ni sebagai profession yang mulia. Tapi tak berjaya jugak rupanya.

Ye lah, orang kata respect ni kena earned, bukan gained. Mungkin pada sesetengah manusia ni, tak ada cikgu yang layak dihormati. Tapi jangan generalize.

Aku tak layak nak puji diri sendiri cakap aku rajin ke, berdedikasi ke.
Tapi Alhamdulillah, setakat ni orang masih percaya bagi aku kerja, parents masih datang dekat aku untuk cakap 'terima kasih'.
Dan paling penting, students aku masih "kitorang rindu teacher" bila tak jumpa seminggu.

Jadi bila orang cakap cikgu ni tak layak itu tak layak ini, aku rasa terkilan.
I work hard. Budak tak puasa, aku tampar sebab aku sedih kalau students aku tak jadi manusia. Budak tak ada duit, aku bagi rm1 sebab aku sedih kalau students aku lapar. Aku bukan nak mengungkit, tapi aku nak cerita ni supaya orang ubah perception.

My boys even asked me " Teacher, bila Teacher nak kahwin? kesian teacher, asik dengan kita orang, kelas la, kerja la, sampai tak kahwin kahwin".

Jadi jangan cakap cikgu ni banyak masa lapang kerja half day etc. sebab aku ni weekends pon dengan anak murid.

Dpan kaabah pon, aku masih doakan anak murid aku dulu. Bukan jodoh aku kot. Aku cakap ni, supaya kau orang paham, tak semua cikgu ni pentingkan duit je.

Jadi cikgu, kau akan jadi orang yang self less.
Aku rasa mcm baffled sekejap bila aku baca orang cakap macam2 pasal cikg. Sebab orang yang cakap ni, engineer. Dengan bangga dok mention berkali kali dia engineer.
Tapi kenapa dia mcm x sensible macam students aku?

Hidup aku mungkin simple. Kerja 7 to 3 ja. Petang dan malam ad kelas tambahan.
Yes aku ajar tuition. Tpi aku dapat 500 je sebulan sebab ramai budak tak bayar. Ada tak aku ungkit? Tak. Sebab yang penting ialan saat diaorang datang dan cakap " terima kasih kak long, saya dapat A. Dh lama saya tak dapat A".

I work hard. So it's hurtful bila orang cakap untunglahhh jadi cikgu sebab hidup senang je.

Aku rasa beruntung jadi cikgu sebab insyaAllah setakat ni anak-anak murid aku tahu hormat orang lain. Alhamdulillah.